Thursday, April 26, 2012

PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI


A. TANAH TINGGI
  • Terbentuk daripada gunung lipat tua.
  • Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.
  • Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur.
  • Terletak di :
    • Bahagian tengah Semenanjung Malaysia
    • Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
  • Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.
  • Tanah tinggi utama di Malaysia ialah :
    • Banjaran Bintang
      • Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang
      • Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta
    • Banjaran Titiwangsa
      • Banjaran yang terpanjang di Semenanjung
        Malaysia
      • Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia
      • Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Korbu (2182 m)
      • Penting sebai tapak bina stesen hidroelektrik
      • Mempunyai pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.
    • Banjaran Tahan
      •  Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
      •  Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190 m)
    • Banjaran Crocer
      • Banjaran tertinggi di Sabah
      • Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu

                                                                   Bukit Larut, Perak
                                                                      
                                                          Gunung Bintang, Kedah


                                                              Bukit Fraser, Pahang
 

                                                        Genting Highland, Pahang

                                                           Gunung kinabalu, Sabah

B. TANAH PAMAH
  • Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang
  •  Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
  • Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai muar.
  • Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
  • Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
  • Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
  • Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
  • Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
  • Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Banjaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
  • Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
  • Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang 
                                    Dataran Kedah, Kedah            

 
                                    Delta Kelantan, Kelantan
        
                                                           
                                     Sungai Pahang, Pahang                  
                 
                                   Sungai Kinabatangan, Sabah 

                   
C. PINGGIR LAUT
  • Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang dan pelbagai bentuk muka bumi seperti tebing tinggi, tanjung, teluk, pantai, pulau, dan pentas benua.
  • Semua negeri mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persukutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Hakisan terhadap batu-batan yang curam di pinggir laut membentuk tebing tinggi.
  • Hakisan terhadap batuan yang berselang-seli keras dan lembut membentuk teluk dan tanjung.
  • Hakisan terhadap batuan lembut di bahagian tabing tinggi akan membentuk gua.
  • Hakisan gua yang bertentangan akan membentuk gerbang laut.
  • Hakisan berterusan terhadap gerbang laut akan membentuk batu tunggul dan seterusnya batu sisa.
  • Proses pemendapan ombak membentuk pantai berpasir, anak tanjung, beting pasir, lagun, dan tombolo.
                                           
                            Pantai Teluk Cempedak, Pahang   

                             Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
                         
                                  Pulau Langkawi, Kedah          

                                   Pulau Sipadan, Sabah
                                                                     
                                                   Gua Kelam, Perlis               

                                                 Gua Niah, Sarawak

Sunday, April 15, 2012

JENIS TUMBUH -TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

                             
  
1. HUTAN HUJAN TROPIKA

 Ciri-ciri utama

 Hutan hujan tropika merupakan hutan yang terpenting dan paling luas di Malaysia,iaitu meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara kita.Hutan ini merupakan habitat bagi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.

Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1000meter. Hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gunung di bahagia tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.

Pokok-pokok dalam hutan hujan tropika ialah malar hijau. Batang pokoknya lurus dan dahannya tumbuh di bahagian atas pokok.Walaupun hutan hujan tropika hanya meliputi enam peratus daripada keluasan pemukaan bumi,tetapi hutan ini merupakan habitat bagi hampir dua pertiga daripada jumlah species tumbuh-tumbuhan di bumi.Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti,cengal,merbau,balau,dan seraya.

Hutan hujan tropika menpunyai beberapa ciri yang unik.Antaranya ialah pembentukan empat lapisan yang nyata (lihat Rajah 1).Lapisan teratas yang dikenal sebagai renjung atau emergen terdiri daripada pokok-pokok yang sangat tinggi,iaitu melebihi 40 meter.Pokok-pokok ini tumbuh tinggi untuk mendapatkan sinaran matahari yang mencukupi.Pokok-pokok ini mempunyai akar banir yang berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang (Gambar 1).

Di bawah emergan ialah pokok-pokok yang menpunyai ketinggian antara 20 hingga 40 meter.Pokok-pokok di lapisan ini tumbuh denagn rapat dan membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari dari sampai ke lanyai hutan.

Di bawah kanopi adalah lapisan tengah,terdiri daripada pokok-pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 ingga 20 meter tinggi.Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan ini ialah epifit dan parasit.Apakah perbezaan antara epifit dengan parasit? Tumbuh-tumbuhan epitif tumbuh di batang ,ranting,atau di daun pokok yang masih hidup.Contoh epitif ialah paku tanduk lapisan tengah .Tumbuh -tumbuhan ini bergantung pada pokok besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.


Lapisan bawah atau lantai hutan terdiri daripada pokok-pokok yang kurang 10 meter tingginya.Tumbuh-tumbuhan seperti cendawan,pokok renek,semak samun,dan pokok herba kecil didapati di lapisan ini.Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan tumbuh jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari.
                                        
                                                             Gambar 1: Akar Banir

                                                  
                                                        Gambar Hutan Hujan Tropika