Thursday, April 26, 2012

PELBAGAI BENTUK MUKA BUMI


A. TANAH TINGGI
  • Terbentuk daripada gunung lipat tua.
  • Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.
  • Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur.
  • Terletak di :
    • Bahagian tengah Semenanjung Malaysia
    • Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
  • Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.
  • Tanah tinggi utama di Malaysia ialah :
    • Banjaran Bintang
      • Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang
      • Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta
    • Banjaran Titiwangsa
      • Banjaran yang terpanjang di Semenanjung
        Malaysia
      • Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia
      • Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Korbu (2182 m)
      • Penting sebai tapak bina stesen hidroelektrik
      • Mempunyai pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron.
    • Banjaran Tahan
      •  Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
      •  Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190 m)
    • Banjaran Crocer
      • Banjaran tertinggi di Sabah
      • Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu

                                                                   Bukit Larut, Perak
                                                                      
                                                          Gunung Bintang, Kedah


                                                              Bukit Fraser, Pahang
 

                                                        Genting Highland, Pahang

                                                           Gunung kinabalu, Sabah

B. TANAH PAMAH
  • Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang
  •  Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
  • Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai muar.
  • Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
  • Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
  • Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
  • Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
  • Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
  • Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Banjaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
  • Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
  • Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang 
                                    Dataran Kedah, Kedah            

 
                                    Delta Kelantan, Kelantan
        
                                                           
                                     Sungai Pahang, Pahang                  
                 
                                   Sungai Kinabatangan, Sabah 

                   
C. PINGGIR LAUT
  • Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang dan pelbagai bentuk muka bumi seperti tebing tinggi, tanjung, teluk, pantai, pulau, dan pentas benua.
  • Semua negeri mempunyai pinggir laut, kecuali Wilayah Persukutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  • Hakisan terhadap batu-batan yang curam di pinggir laut membentuk tebing tinggi.
  • Hakisan terhadap batuan yang berselang-seli keras dan lembut membentuk teluk dan tanjung.
  • Hakisan terhadap batuan lembut di bahagian tabing tinggi akan membentuk gua.
  • Hakisan gua yang bertentangan akan membentuk gerbang laut.
  • Hakisan berterusan terhadap gerbang laut akan membentuk batu tunggul dan seterusnya batu sisa.
  • Proses pemendapan ombak membentuk pantai berpasir, anak tanjung, beting pasir, lagun, dan tombolo.
                                           
                            Pantai Teluk Cempedak, Pahang   

                             Pantai Cahaya Bulan, Kelantan
                         
                                  Pulau Langkawi, Kedah          

                                   Pulau Sipadan, Sabah
                                                                     
                                                   Gua Kelam, Perlis               

                                                 Gua Niah, Sarawak

1 comment: