Thursday, April 12, 2012

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI

Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi di Malaysia

KEPENTINGAN
CONTOH
a) Pusat Pelancongan
- Suhu yang sederhana menarik pelancong datang ke Malaysia.
- Tanah Tinggi Cameron
b) Kawasan Tadahan Air
- menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.
c) Sumber Kayu Balak
- Diliputi oleh Hutan Hujan Tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti keruing dan Meranti
d) Pusat Jana Kuasa Hidroelektrik
- sesuai dijadikan tapak bina stesen hidro elektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras
e) Kawasan Pertanian
- iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana

















 Kepentingan Kawasan Tanah Pamah di Malaysia


KEPENTINGAN
CONTOH
a) Kawasan Pertanian
- Diliputi tahih alluvium; penting untuk padi
- Bersaliran baik, sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit
b) Kawasan Perlombongan
- Timah alluvium banyak terdapat di lombong di Lembah Kinta
c) Tapak Petempatan
- Menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Kelang
d) Kawasan Perindustrian
- Kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah seperti di Lembah Kelang
e) Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan
- Tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan


 Kepentingan Kawasan Pinggir Laut Di Malaysia



JENIS-JENIS PINGGIR LAUT
KEPENTINGAN DAN CONTOH
a) Pantai Berpasir
- Kawasan pelancongan dan perkelahan
- Kawasan penanaman kelapa
-Contoh: Port Dickson dan Pantai Cahaya Bulan
b) Pantai Berlumpur
- Membekalkan sumber kayu bakau
- Tempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, kerang dan ikan
- Contoh: Sekitar muara Sungai Perak dan muara Sungai Rajang
c) Pulau
-kawasan pelancongan, pelabuhan perikanan dan pelabuhan antarabangsa
- Contoh: Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Redang
d) Tanjung
- Kawasan rekreasi dan pelancongan
- Contoh: Tanjung Bidara, Tanjung Dawai dan Tanjung Datu
e) Teluk
-Petempatan nelayan, tapak pelabuhan, kawasan perikanan dan kawasan perkelahan
-Contoh: Teluk Kemang dan Teluk Kimanis
f) Tebing Tinggi
-Kawasan rekreasi dan pelancongan
- Tapak rumah api
-Contoh: Tebing Tinggi Kudat dan Tanjung Bungah
g) Pentas Benua
-Kawasan perikanan
-Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli
- Contoh: Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

No comments:

Post a Comment